Cuaca Malaysia panas, manakala cuaca Perancis sejuk, oleh sebab kentut. Huraikan pendapat dan cadangan, kebaikan dan keburukan kentut. Karangan hendaklah sekurang-kurangnya 180 patah perkataan.
Dalam era globalisasi ini, ramai orang kentut di tanah air kita. Kentut merupakan salah satu punca utama pemanasan global. Oleh sebab kadar kentut negara kita amat tinggi berbanding dengan negara-negara lain, pemanasan global tertumpu banyak di negara kita. Itulah sebabnya suhu harian di negara semakin meningkat, manakala suhu harian di Perancis adalah di antara 5 dan 10 darjah; oleh sebab kadar kentut yang rendah. Terdapat langkah-langkah tertentu yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
Pihak kerajaan haruslah mengadakan kerjasama dengan kerajaan Perancis, untuk mengimport dan mengeksportkan hasil-hasil kentut. Pengeksportan hasil kentut ini boleh memberikan suhu yang 'ngam-ngam-ho' di Perancis. Sumber elektrik boleh dijimatkan kerana 'radiator' tidak diperlukan lagi. Ini juga boleh merapatkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis.
Sektor perkentutan boleh dijadikan sebagai satu sumber ekonomi yang penting kepada negara kita. Dengan mengadakan bidang baru ini, ini mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Selain itu, kempen-kempen kentut haruslah diadakan seperti "If You Smell....", "Jom Put Put", atau "Fart against famine". Ini menggalakkan remaja-remaja untuk menyertainya, dengan ini masalah gejala sosial akan berkurangan. Di samping itu, ini juga boleh menggalakkan integrasi antara kaum serta menguatkan semangat kejiranan.
Keburukan kentut ialah penyalahgunaannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, ada sesetengah pihak yang melepaskan kentut secara berleluasa. Ini tidak boleh diterima, terutamanya secara senyapnya di kalangan awam. Masalah kentut secara berleluasa tanpa kawalan harus diatasi dengan memberatkan hukuman seperti hukuman penjara atau mengenakan saman yang tinggi. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru juga memainkan peranan yang penting untuk menasihatkan anak-anak supaya tidak kentut sesuka hati, bak kata perpatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jangan tunggu hingga buluh terror kentut."
Selain itu, kentut pada tahap yang serius boleh mengakibatkan ancaman dunia. Ini kerana kentut dalam kadar yang tinggi berpotensi membawa ancaman nuklear, yang seterusnya membawa kepada posibiliti perang nuklear. Kelak, negara kita boleh menyertai Korea Utara dan Russia dalam "Top nuclear high score rankings". Terdapat juga orang yang menyeludup kentut secara haram, pihak kastam perlu memberi perhatian ya, ok?
Kesimpulannya, kentut mempunyai kebaikan dan keburukannya. Ia bergantung kepada penggunaan dan kadarnya. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah yang ada dan kekalkan amalan kentut ini supaya ia boleh diwarisi kepada generasi masa depan, ke arah Wawasan 2020. "Kentutlah demi bangsa kita!"
:@
3 days ago
























